Sunday, November 4, 2007

STATISTIK PENGGUNA PERPUSTAKAAN DESA

STATISTIK PENGGUNA PERPUSTAKAAN DESA


Sepanjang pertandingan Maxis CyberlinQ 2007 bermula dari
bulan Ogos hingga 6-Nov-2007, pihak Perpustakaan Desa
meneruskan Kempen Keahlian Perpustakaan seiring
dengan objektif projek kami disamping
menjayakan Kempen Galakguna Perpustakaan.
Berikut adalah statistik keahlian pengguna perpustakaan desa :


Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Indera Mahkota,
hadir setiap Jumaat untuk mengerjakan solat Jumaat
di Surau Al-Muhajirin sekaligus datang ke
PD (PNM) Surau Al-Muhajirin. Mereka juga mendaftar menjadi
ahli dalam tempoh 3 bulan terkini dan dibenarkan membuat
proses pinjaman buku, pemulangan dan perkhidmatan internet.
Seramai 87 orang ahli baru yang terdiri daripada pelajar SBPI
telah mendaftar dalam Kempen Keahlian Perpustakaan.
Seramai 383 orang ahli berdaftar yang terdiri daripada
golongan dewasa, belia dan kanak-kanak di kalangan penduduk setempat.

No comments: