Friday, September 28, 2007

Kempen Keahlian Perpustakaan

28 September 2007

Pihak Perpustakaan Desa meneruskan Kempen Keahlian Perpustakaan seiring dengan objektif projek kami. Ini juga bertujuan untuk menjayakan Kempen Galakguna Perpustakaan.

Tempat : PD (PNM) Surau Al-Muhajirin
Masa : 12.00 tengahari - 4.30 petang (Jumaat)
Golongan Sasaran : Pelajar Sek. Berasrama Penuh Integrasi Indera Mahkota, Kuantan

============================================

Para pelajar sibuk mengisi borang keahlian Perpustakaan Desa.
Sebahagian lagi pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Indera Mahkota
yang menjadi ahli Perpustakaan Desa.
Kempen Keahlian Perpustakaan Desa mendapat sambutan di kalangan pelajar.
Para pelajar menggunakan perkhidmatan Internet yang disediakan di Perpustakaan Desa

Sebahagian lagi kusyuk membaca buku & bahan bacaan lain yang kami sediakan.

Perjumpaan Bersama Tuan Wil di Balai Seni Lukis Negeri Pahang

28 September 2007

Perjumpaan Bersama Tuan Wil di Balai Seni Lukis Negeri Pahang,
Jalan Kemunting, Kuantan.

Cik Aiza Suzila sedang menerangkan tentang lakaran kepada Tuan Wil.

Puan Faridah sedang berbincang untuk memutuskan warna pilihan untuk mural.

Thursday, September 27, 2007

Perbincangan Bersama Wakil Dari Balai Seni Lukis Negeri Pahang

26 September 2007 (3.00 petang)

Perbincangan Bersama Wakil Dari Balai Seni Lukis Negeri Pahang




Lakaran awal mural di dinding perpustakaan desa





Tuan Wil, Wakil dari Balai Seni Lukis Negeri sedang melihat lakaran yang disediakan


untuk lukisan mural di dinding PD (PNM) Surau Al-Muhajirin mengikut tema yang diberi.



Kusyuk berbincang mengenai lakaran mural.
~Dari kiri: Pn.Faridah, Tuan Wil & Cik Aiza Suzila~
p/s: perjumpaan turut disertai oleh wakil PPAP iaitu Pn.Rohaida & Encik Azmi (tiada dalam gambar)

Mesyuarat Bersama Pemangku Pengarah PPAP

26 September 2007


~Pemangku Pengarah, Pn. Hjh. Faridzah~


(Wakil PD (PNM) Surau Al-Muhajirin & Unit IT PPAP)
~ Dari kiri: Pn.Faridah, Cik Aiza Suzila & Pn.Rosemawatee~



(Wakil PD (PNM) Cherating & PPIK Sg.Lembing)
~ Encik Norhisham, Encik Yuslan & En. Tengku Hafizul~



(Unit Perhubungan Awam, Unit Daerah & Luar Bandar, Unit IT)
~Pn.Rohaida, Encik Saiful & Encik Hadi~



======================================================

Mesyuarat Bersama Pemangku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)


Tarikh : 26 September 2007
Waktu : 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPAP Kuantan
Kehadiran :
-> Pemangku Pengarah:
Puan Hajjah Faridzah Bt. Jaafar
-> Pen. Pegawai Unit Gerakan Membaca / Perhubungan Awam:
Puan Rohaida
-> Pen. Pegawai Unit Pengurusan Maklumat & Multimedia:
Puan Rosmawatee Abdul Kadir
-> Pembantu Perpustakaan Unit Daerah & Luar Bandar:
Encik Saiful
-> Pembantu Perpustakaan Unit IT:
Encik Hadi Hasnul Hashim
-> PD (PNM) Surau Al-Muhajirin:
Pen.Peg.Perpustakaan : Puan Faridah Bt. Jusoh
Pemb.Perpustakaan : Cik Aiza Suzila Bt. Mohammad Shafian
-> PD (PNM) Cherating :
Pen.Peg.Perpustakaan : Encik Yuslan Bin Yusof @ Abdul
Pemb.Perpustakaan : Encik Norhisham Bin Abdul Razak
-> Pusat Perkhidmatan Internet Komuniti (PPIK) PD Sg. Lembing:
Pem.Perpustakaan : Tengku Hafizul Syafik

Agenda :


-> Ucapan aluan Pemangku Pengarah PPAP.
-> Penerangan tentang Pertandingan Maxis Cyberlinq oleh Pn.Rosemawatee
-> Perincian Kertas Cadangan / Proposal yang telah dihantar kepada pihak urus setia
seperti di dalam blog.
~ Wakil PD (PNM) Surau Al-Muhajirin : Cik Aiza Suzila.
~ Wakil PD (PNM) Cherating :
Encik Norhisham.
~ Wakil PPIK PD Sungai Lembing :
Tengku Hafizul Syafik.
~ Wakil PD (PNM) Batu Papan : Pn.Rosemawatee.
-> Penetapan Tarikh Aktiviti Sebenar.
-> Penetapan Ahli Jawatankuasa/Urus setia Program.
-> Penutup/Bersurai.


======================================================================

Sunday, September 16, 2007

Perubahan Peringkat Awal

09 September 2007
Sebelum


- Pandangan bahagian hadapan Perpustakaan Desa sebelum koridor simen di buat.


Selepas




- Pandangan bahagian hadapan Perpustakaan Desa selepas koridor simen di buat.

05 September 2007

Perbincangan bersama ketua kumpulan, Pn.Rosmawati


- Dari kiri; Pn.Rosmawati, Puan Faridah & Cik Aiza Suzila

Friday, September 14, 2007

Perjalanan Projek


09 September 2007


(a) Gotong-royong bersama komuniti


- Satu gotong-royong di adakan di perkarangan Surau Al-Muhajirin - melibatkan komuniti setempat dan pihak Perpustakaan Desa (PNM) Surau Al-Muhajirin

- Para penduduk telah pun menyiapkan satu koridor (bersimen) di hadapan Perpustakaan Desa.

- Koridor tersebut membolehkan kanak-kanak yang datang ke Perpustakaan Desa berteduh dari hujan dan meletakkan basikal.

- Koridor ini juga dapat diguna-pakai sebagai tempat bersolat pada hari Jumaat memandangkan Surau yang ada tidak dapat menampung jemaah yang terlalu ramai.



~ gambar akan disiarkan kelak~




(b) Perjumpaan dengan Pengerusi Kariah JKK Indera Mahkota 5





Dato' Haji Che Wan Khalid Mohamad
(Pengerusi Kariah Indera Mahkota 5)

- Pihak PD mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Pengerusi kariah Indera Mahkota 5 iaitu Dato' Hj. Che Wan Khalid Mohamad pada hari gotong-royong dijalankan.

- Pihak PD memberi sepucuk surat rasmi memohon sumbangan tambahan bagi menjayakan projek ini.

- Pihak Dato' bersetuju pada awalnya setelah dimaklumkan akiviti-aktiviti yang telah dirancang.

- Pihak kariah juga bersetuju untuk melakar mural di dinding perpustakaan desa mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak Maxis Cyberlinq.




Sunday, September 9, 2007

Terima kasih..






Terima kasih kami ucapkan kepada pihak MAXIS CYBERLINQ kerana memilih penyertaan kami sebagai salah satu pasukan yang terpilih ke Fasa Kedua an menyumbang wang tunai sebanyak RM 1,000.00 bagi merealisasikan projek kami ini..



~~ Semuanya akan menjadi satu realiti !! ~~