Sunday, July 29, 2007

Fasa 1 - Proposal

Pengenalan tentang Perpustakaan Desa (PNM) Surau Al-Muhajirin :

Perpustakaan Desa (PNM) Surau Al-Muhajirin adalah sebuah perpustakaan kecil yang ditempatkan di suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Tujuan penubuhan Perpustakaan Desa (PNM) Surau Al-Muhajirin adalah untuk memudahkan masyarakat sekeliling menikmati kemudahan pembacaan dan pencarian maklumat. Ia juga merupakan sebuah hentian maklumat untuk masyarakat setempat.

Tajuk Projek :

" Program Memasyarakatkan Perpustakaan Desa Dan Menyemarakkan Budaya Ilmu."

Objektif Projek :

1. Menjadikan perpustakaan desa sebagai pusat komuniti kepada masyarakat setempat

2. Melaksanakan projek-projek berbentuk “Galakguna Perpustakaan”

3. Mempromosi perpustakaan desa dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan

4. Mengindahkan lagi persekitaran perpustakaan desa berdasarkan tema sempena 50 tahun Kemerdekaan

5. Memupuk semangat Patriotisme di kalangan masyarakat setempat



Tema Projek :









"Apa yang anda boleh lakukan untuk Negara? Mulakan dengan komuniti anda."

Huraian Tema Projek :

Setelah 50 tahun Kemerdekaan negara, masih banyak perkara dan sumbangan yang belum dibuat untuk membangunkan komuniti untuk membentuk 'Mentaliti Kelas Pertama'. Sesuai dengan matlamat pengwujudan perpustakaan yang dapat membantu membangunkan minda masyarakat dengan penyediaan sumber maklumat dalam bentuk 'actual' dan 'virtual'.

Budaya Ilmu dan Kejiranan yang kukuh mencerminkan masyarakat yang teguh dan berintegriti. Justeru, program ini bertujuan untuk menjadikan perpustakaan desa sebagai pusat komuniti setempat dengan merancang pelbagai aktiviti sosial, gotong- royong dan aktiviti ilmiah. Ini semua bertujuan agar kita dapat memaksimumkan penggunaan perpustakaan desa pada komuniti setempat.


Struktur Projek :

1.Pembentukan kumpulan

2.Perbincangan ahli kumpulan

3.Pendaftaran Blog di http://www.blogger.com/ dan penyediaan proposal

4.Pendaftaran Maxis CyberlinQ di http://cyberlinq.contentchallenge.info/

5.Pelaksanaan Projek Komuniti

6.Mengemaskini kandungan Blog - http://pdmuhajirin.blogspot.com/


Cadangan Aktiviti:

  1. Penambahan koridor (bersimen) di hadapan perpustakaan

  2. Memasang papan tanda perpustakaan

  3. Membuat mural di dinding luar perpustakaan

  4. Mengindahkan kawasan persekitaran perpustakaan

  5. Kempen Keahlian Perpustakaan

  6. Pertandingan deklamasi puisi (Kenegaraan/ Patriotik & Budaya Ilmu)

  7. Pertandingan mewarna kanak- kanak

Cadangan Perlaksanaan Aktiviti:


1.Memandang tajuk program ini adalah " Program Memasyarakatkan Perpustakaan Desa Dan Menyemarakkan Budaya Ilmu", banyak aktviti yang disusun untuk mencapai objektifnya:

->Gotong- royong di perpustakaan - satu usaha untuk mendekatkan masyarakat dengan perpustakaan, tahu tentang kewujudan perpustakaan dan merapatkan silaturrahim kakitangan perpustakaan dengan komuniti

->Program dan aktiviti ilmiah- Untuk memupuk budaya ilmu dalam masyarakat yang bermula dari institusi keluarga. Perpustakaan sebagai satu entiti yang membantu dan menggalakkan masyarakat menggunakan sumber yang ada untuk memperkaya diri dengan ilmu dan maklumat.

2. Aktiviti yang dirancang adalah secara berterusan dan memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak iaitu AJK Aktiviti perpustakaan yang terdiri daripada petugas perpustakaan dan JKKK.

3. Pihak perpustakaan akan berusaha mencari peruntukan tambahan dari mana- mana pihak untuk merealisasikan usaha murni ini.


Bajet / Belanjawan :

  1. Mesyuarat dengan AJK Program RM30.00 x 3 kali = RM 90.00

  2. Peralatan -L/S- = RM1,500.00

-Pasir dan Simen

-Tanaman utk landskap
- Peralatan menyimen
- Papan tanda

3. Alatulis dan cenderamata -L/S- = RM 4,000.00

4. Makan dan minum -L/S- = RM 1,300.00

JUMLAH RM 6,890.00

Jangkaan Hasil Projek :

->Memaksimumkan kepenggunaan perpustakaan desa tidak hanya tertumpu pada golongan belia sahaja malahan sesuai untuk semua peringkat umur.

->Mempromosi perpustakaan desa bukan sahaja pada penduduk Indera Mahkota 5
malahan penduduk sekitar.

->Peningkatan bilangan ahli perpustakaan desa dan ahli Kelab ICT Pahang

->Menggalakkan penggunaan kemudahan-kemudahan yang ada di perpustakaan

->Menggalakkan penggunaan ilmu ICT

->Merapatkan jalinan silaturrahim antara kaum, tidak mengira agama di kalangan komuniti